yakini bahawa pengetahuan mengenai Makam Yang Lima di kalangan orang-orang Melayu lama adalah berasal dari kitab yang diteijemah dari Kitab asal karangan Al-Fadhil Ahmad Bin Sulaiman Kamal Basha. Kitab terjemahan itu dinamakan Hukum Jima". Dipercayai bahawa kitab itu adalali kitab ilmu jima' yang paling terkenal dan mempunyai jumlah pembaca yang ramai sejak beberapa dekad yang silam.
Adalah besar kemungkinannya majoriti masyarakat Melayu lama membaca dan mengamalkan pengetahuan ini berdasarkan fahaman masing-masing. Interpretasi yang berbeza-beza mengakibatkan timbul variasi-variasi mengenai praktiknya. Dalam mengajarkan ilmu perkahwinan kepada anak-anak muda, Makam Yang Lima ada disentuh dan ia adalah lebih merupakan strategi mempcrcepatkan isteri inzal
No comments:
Post a Comment